Friday, May 8, 2020

Pengenalan Tentang Perancangan Kewangan

Assalamualaikum wbt

Ini adalah post yang pertama untuk page ini semoga apa yang saya tulis ini dapat memberi manfaat kepada yang membacanya.

Seringkali kita mendengar perihal perancangan kewangan atau financial planning. Apakah yang kita mahu rancang? Apakah proses yang terlibat?

Apa itu wang?

Wang adalah satu alat transaksi yang diguna ribuan tahun dahulu dan ianya mesti sesuatu barang yang kurang penawaran dan sukar didapati ini termasuklah logam berharga, cengkerang sehinggalah wujud wang kertas yang menjadi simbol kepada suatu urusniaga. Jika melihat sejarah penggunaan wang selepas sistem barter yang merumitkan manusia boleh dibahagiakan kepada zaman wang komoditi seperti penggunaan barang-barang berharga seperti pedang,  manik, tombak dan kulit binatang. Selepas itu wang logam seperti perak dan emas menjadikan wang lebih berkesan dengan nilai yang lebih seragam sebelum sistem wang kertas diperkenalkan dimana perak dan emas disimpan dalam bank tetapi pengguna hanya dibekal resit atau nota bank yang dipanggil wang kertas. Namun apabila zaman berubah wang kertas dijadikan sebagai barang komoditi dan tidak disandarkan dengan mana-mana barang komoditi dimana wang kertas init sendiri bernilai ianya dipanggil wang fiat. Dan apabila dunia berubah menjadikan perdangangan rentas sempadan maka wang kredit diperkenalkan. Ini adalah serba sedikit pengenalan tentang wang.

Dan demi wang ramai yang melaluk apa sahaja termasuklah melakukan jenayah dan menjual maruah. Bagi mereka wang adalah segala-galanya tidak boleh dimiliki dan miskin.

Saya secara peribadi lebih suka menilai wang hanya sebagai alat transaksi dan hanya sekeping kertas yang tertera angka-angka tidak lebih itu. Tanpa wang hidup kita menjadi sukar tetapi ianya bukan sesuatu yang kita obses tetapi ianya perlu diuruskan sebaikan mungkin untuk mencapai taraf kehidupan yang lebih baik.



Perancangan Kewangan




















Asas perancangan kewangan dibahagikan kepada 5 langkah utama.


Langkah 1 : Aliran Tunai (Cash Flow)

Langka pertama ialah menyediakan aliran tunai iaitu kita panggil pendapatan. Biasanya aliran tunai kita boleh bahagikan kepada 4 sumber iaitu makan gaji, bekerja sendiri, menjadi ahli perniagaan dan menjana pendapatan melalui keuntungan pelaburan.

1.Makan gaji

Golongan ini bekerja dengan mereka yang berada di kategori bekerja sendiri, ahli perniagaan atau pelabur. Dimana mereka memberikan  tenaga dan kepakaran mereka untuk sejumlah gaji secara tetap pada setiap bulan. Aliran tunai jenis ini bersifat tetap dan terhad cukup untuk menampung kehidupan seharian. Mereka mempunyai masa tetapi mereka tidak mempunyai wang


2. Bekerja Sendiri

Golongan ini bekerja dengan kemahiran yang dimiliki sama seacara professional atau practioner seperti doktor, peguam, ejen takaful, ejen hartanah, ejen unit dan lain-lain kerjaya sendiri yang anda adalah bos kepada diri sendiri. Pendapatan dari jenis aliran tunai sebegini tidak bersifat tetap dan tanpa had. Pendapatan jenis pendapatan aktif ini boleh mendapat lebih banyak dari golongan makan gaji. Mereka mempunyai wang yang banyak tetapi tidak mempunya masa yang cukup kerana mereka harus bekerja dan terus bekerja

3. Ahli Perniagaan

Golongan ini menjadikan golongan makan gaji  sebagai pekerja mereka dalam sistem perniagaan dimana perniagaan ini memberikan jenis pendapatan pasif yang kita panggil sebagai profit. Ahli perniagaan tidak perlu setiap hari masuk ketempat kerja namun pendapatan mereka tetap mengalir kedalam bank akaun mereka. Jenis pendapatan berorientasi pendapatan pasif atau profit inilah menjadikan golongan ahli perniagaan kaya raya.

4. Pelabur

Golongan ini menjadikan wang mereka untuk bekerja untuk mereka dengan membuat pelaburan dimana pendapatan mereka adalah dari keuntungan dari pelaburan yang mereka lakukan. Ada 5 kategori pelabur iaitu;


  1. Pelabur Bertauliah (Accredited Investor)
  2. Pelabur Berkelayakan ( Qualified Investor)
  3. Pelabur Sofistikated
  4. Pelabur Dalam (Insider Investor)
  5. Pelabur Tegar (Ultimate Investor)

Dengan memahami 4 jenis aliran tunai maka, dapatlah diandaikan saiz aliran tunai lebih besar dari golongan 3 & 4. Perlu diingatkan pendapatan berbentuk gaji hanya cukup untuk hidup manakala pendapatan dari profit boleh membina kekayaan sehingga kepada generasi seterusnya. 

Kenapa saya memasukkan topik cash flow menjadi sebahagian daripada asas perancangan kewangan kerana ramai orang terlupa tanpa cash flow maka tiada wang yang boleh kita uruskan dan tanpa cash flow perancangan kewangan itu tidak releven. Oleh itu asas perancangan kewangan bermula dari gaji atau profit yang kita perolehan dan baru kita memulakan langkah seterusnya seperti yang diagram diatas

Langkah 2 : Wealth Protection

Melindungi kekayaan kita dari risiko kewangan adalah langkah paling penting kerana ramai berpendapatan langkah ini boleh di skip kerana ianya adalah satu pembaziran. 

Langkah memindahkan risiko atau berkongsi risiko dengan menyertai pelan takaful iaitu dengan mencarum sejumlah kecil sumbangan takaful setiap tahun dan jika ditimpa musibah kematian, lumpuh dan sakit kritikal sejumlah pampasan akan dibayar kepada peserta mengikut jenis kerugian dan pelan yang diambil. Pada peringkat awal langkah ini memfokuskan kepada mencipta dana-dana kecemasan jika berlaku kematian, lumpuh atau sakit kritikal. Tetapi lama kelamaan apabila cash flow semakin meningkat dan aset semakin meningkat langkah ini lebih kepada teknik melindungi kekayaan seperti membatalkan hutang pinjaman perumahan, kenderaan dan kad kredit dengan kos yang minimum 

Langkah ini mudah difahami jika menggunakan pelan medical card sebagai contoh . Dengan membayar sejumlah caruman bulan RM200- RM300 sebulan jika kita disahkan menghidap penyakit kanser dan memerlukan kos rawatan sebanyak RM100,000 makan pelan medical card akan menanggung semua kos rawatan ini. Maka ini adalah teknik memindakan risiko kepada pihak ketiga kita dimana dengan caruman RM200-RM300 sebulan dapat menciptakan dana perubatan bernilai RM100,000 dan sekaligus menyelamatkan simpanan sedia ada daripada membayar kos rawatan tersebut. Beginilah cara orang uang bijak melindungi kekayaan mereka dengan memindahkan risiko kewangan kepada pihak pengendali takaful atau syarikat insurans 

Untuk risiko kematian dan lumpuh semua pelan asas takaful mempunyai manfaat kematian dan lumpuh dan jumlah pelan asas takaful wajib cover at least 10 tahun pendapatan sebagai contoh sekiranya gaji satu tahun ialah RM80,000 maka jumlah pelan asas yang melindungan kematian dan lumpuh haruslah bernilai RM800,000. Kenapa perlu 10 tahun gaji ? Kerana jika berlaku kematian dan lumpuh maka cash flow akan terhenti 

Langkah 3 : Low Risk Wealth Accumulation

Setelah langkah melindungi dah selesaikan maka baru kita mengumpul kekayaan dengan meyimpan dalam produk simpanan yang berisiko rendah seperti Tabung Haji, ASB, KWSP dan FD. Simpanan kecemasan dengan jumlah minimum  6 bulan gaji perlu ada, sebagai contoh jika gaji sebulan RM10,000 maka simpanan kecemasan bernilai RM60,000 perlu disediakan sebagai persediaan jika diberhentikan kerja atau mengalami kerugi perniagaan.

Seterusnya simpanan untuk tabungan perkara tertentu perlu disediakan bergantung kepada minat dan keperluan antaranya seperti berikut
  1. Tabungan umrah dan haji
  2. Tabungan Pendidikan 
  3. Tabungan Persaraan
  4. Tabungan Rumah 
  5. Tabungan Kereta
  6. Tabungan Melancong



Langkah 4 : High Risk Wealth Accumulation 

Langkah 4 adalah yang  menyeronokan bagi saya kerana ia melibatkan pelaburan dan risiko pengumpulan kekayaan melibatkan risiko senderhana kepada risiko tinggi. Tips yang lebih selamat daripada kita tidak menggunakan semua simpanan risiko rendah tadi, saya lebih suka menghad hanya 20% dari simpanan risiko rendah saya boleh dilaburkan kepada langkah ini.

Jika saya ada RM100,000 simpanan jumlah keseluruhan dalam simpanan risiko rendah, maka saya hanya mengambil RM20,000 untuk dilaburkan utk pembelian Stock, IPO, Unit Amanah dan lain-lain portfolio. Dengan menghadkan jumlah pelaburan ianya boleh menyelamatkan simpanan jika pelaburan mengalami kerugi

Kenapa langkah ini penting? Kerana kadar inflasi yang menyebabkan nilai simpanan risiko rendah menjadi kekal atau defisit perlu diserap dari keuntungan daripada portfolio yang memberi kadar keuntungan lebih dari kadar inflasi. Untuk lebih mudah memahami sebagai contohnya RM100,000 hari ni mungkin akan bernilai RM50,000 dalam masa 20 tahun akan datang jadi dengan melabur 20% daripada RM100,000 tadi wang kita akan berkembang menjadi RM200,000 dalam masa 20 tahun akang dan sekaligus kita tidak memiliki nilai RM100,000

Saya lebih selesa mengunakan method pelaburan untuk menyerap kadar inflasi berbanding menggunakan pelaburan untuk mengadakan kekayaan. Namun bagaimana pun ianya terpulang kepada risk appetite masing-masing

Langkah 5 : Wealth Distribution

Langkah ini adalah langkah terakhir dalam asas perancangan kewangan iaitu kekayaan kita miliki  harus diagihkan mengikut lunas-lunas agama seperti hibah, wasiat dan faraid. Ini untuk memastikan waris yang ditinggalkan dapat meneruskan kehidupan dan kelangsungan dan pemuliharaan keturunan dapat diteruskan.

Selain itu juga tanggungjawab sedekah amal jariah, wakaf dan upah haji selepas kematian perlu disediakan supaya perjalanan kita di alam seterusnya yang kekal itu lebih terjamin. 

Yang paling penting ialah hutang-hutang yang ditinggalkan mestilah diwasiatkan kepada pentadbir supaya dilunaskan kerana roh seorang muslim itu akan tergantung diantara langit dan bumi jika masih ada hutang belum diselesaikan

Dalam penulisan seterusnya saya akan menuliskan lebih terperinci tentang setiap 5 langkah ini supaya pembaca boleh mendapat maklumat dan memahami apakah asas perancagan kewangan dan bagaimana mahu mempraktikkanya

Terima Kasih

Zamri Ismail