Medical Card

Assalamualaikum wbt..

Hari ni 19 Ramadhan 1441H/ 12 Mei 2020

Hari ini pelan medical card lebih popular daripada produk takaful yang lain seperti takaful hayat, penyakit kritikal dan kemalangan. Ini kerana mengikut kajian saya, pelan medical card lebih kerap digunakan dari penyakit yang ringan hinggalah penyakit yang berat. Kalau kita kaji sejarah claim takaful operator pun claim yang tertinggi adalah medical card.

Di Great Eastern Takaful Berhad pelan medical card kami dilampirkan kepada pelan simpanan supaya rider medical card ini lebih mudah diuruskan dan tidak mudah lupus jika pelangan terlewat bayar. Selain itu kelebihan jika medical card dilampirkan kedalam pelan simpanan pelanggan layak untuk memohon premium holiday untuk beberapa tempoh masa jika tidak mampu membayar caruman takaful

Berikut adalah jenis-jenis & ciri-ciri pelan medical card Great Eastern Takaful Berhad sebagai rujukan semua

i-Medik Rider


Pelan ini akan mengenakan  ko-takaful untuk sebanyak 10% daripada jumlah bil rawatan sehingga maksium RM500. Perlu diingatkan setiap kali discharge akan dikenakan ko takaful ini dan agak berat jugak untuk sedia RM500 apabila berlaku kecemasan melainkan kalau ada stand by kad kredit. Tetapi pelan ini murah berbanding dengan medical card i-Medik Xtra (akan dibincangkan nanti) jadi kalau bajet caruman takaful kita rendah saya cadang pelan ini lebih ekonomi dengan dibandingkan dengan kekerapan kita masuk hospital untuk membayar ko takaful. 

Bilik Penginapan i-Medik Rider ada 5 kadar ialah RM100, RM150, RM200, RM300 dan RM400. Kalau boleh elakkan ambik bilik penginapan RM100 kerana susah untuk mendapatkan kadar bilik tersebut sekarang nanti menyusahkan proses untuk masuk wad. Setiap pelan menawarkan had tahunan yang berbeza dari RM60,000 sehingga RM200,000 setahun. Manakala had seumur hidup adalah 10x ganda dari had tahunan setiap pelan.

Ciri-ciri lain sila rujuk jadual berikut ;








i- Medik Extra Rider


Pelan ini adalah cashless dimana tidak perlu bayar ko takaful ketika discharge dari wad. Bilik Penginapan i-Medik Rider ada 4 kadar sahaja RM150, RM200, RM300 dan RM400. Ini adalah perbezaan ketara antara i-medik rider dan i-medik xtra rider. Tetapi kadar tabarru yang ditolak dari akaun simpanan lebih tinggi daripada pelan i-Medik Rider.

Selain itu juga ada tambahan kepada manfaat hilang upaya kekal akibat kemalangan mengikut pelan yang dipelan. Sila rujuk jadual untuk maklumat lanjut





i-Medik Rider & i-Medik Xtra Rider mempunyai ciri unik dimana had tahunan akan dinaikkan sebanyak 10% daripada had tahunan permulaan jika tiada claim dibuat dalam tempoh 3 tahun berturut-turut. Ini sebagai reward kepada pemeggang medical card GETB jika sihat.

Tips memilih medical card bolehlah guna cara berikut ;

  1. Bilik penginapan mesti RM200 keatas jika tidak sukar kita nak mendapatkan bilik yang sesuai dengan pelan yang kita miliki dan ini melambatkan proses kemasukan wad
  2. Had tahunan mesti RM100K keatas dan memandangkan had tahunan medical card GETB ada kenaikan setiap 3 tahun jika tiada claim itu adalah satu advantage.
  3. Had seumur hidup mesti RM1,000,000 keatas kerana kes claim yang penah saya handle setakat ini ialah penyakit kanser memakan kos sebanyak RM700,000 selama 3 tahun.   

3 perkara ini adalah elemen penting dalam pemilihan pelan medical card. Features lain hanya sekadar eksesori dan ada yang tidak perlu.

Namun ada satu perkara yang perlu dipertimbangkan juga dalam pemilihan medical card itu kadar inflasi kos hospital swasta meningkat 15%-20% kerana teknologi perubatan dan kos dadah berkembang pesat. Oleh itu GETB telah memperkenalkan i-Medik Xtender Rider dimana rider ini boleh dilampirkan kepada i-Medik Rider atau i-Medik Xtra Rider dimana ia mempunyai coverage had tahunan 10X ganda. Sila semak page i-Medik Xtender Rider untuk maklumat lanjut





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.