Saya bersalah dari sebuah pekan kecil Rantau dalam daerah Seremban, Negeri Sembilan. Zaman kanak-kana yang sebaya sama dengan orang lain yang tinggal dikampung dan bersekolah rendah hingga menengah di pekan yang sama.
Selepas itu saya keluar untuk menyambung pelajaran saya di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan dalam jurusan Diploma Teknolgi Makanan. Selepas menamatkan pelajaran saya mendapat tawaran bekerja di sebuah syarikat petrokimia, British Petroleum (Malaysia) Sdn Bhd sebagai juruteknik makmal. Selepas beberapa tahun bekerja saya menyanbung pelajaran ke Universiti Teknologi Malaysia, Skudai dalam jurusan Kejuruteraan Kimia
Saya sudah berkahwin dan dikurniakan 4 anak yang comel-comel dan pada tahun 2008 saya berhenti kerja untuk memulakan perniagaan denga hanya modal permulaan RM30,000 dan selepas 2 tahun saya menjual perniagaan tersebut kepada orang lain dan saya mula menjadi ejen insurans sehinggalah hari ini.
Saya menyertai Great Eastern Takaful Berhad pada tahun 2012 sehingga hari ini. Alhamdullillah rezeki saya amat baik dalam perniagaan ini dan perniagaan saya berkembang pesat sehingga berjaya mempunyai beberapa cawangan dibeberapa buah negeri.
Saya mempunyai visi untuk merekrut 2000 perunding takaful dan melatih 50 leader diseluruh negara. Ini adalah visi peribadi saya untuk melahirkan ramai perunding takaful yang bertauliah dan mempunyai pendapatan yang tinggi.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.